Bendera Sepanyol
Bendera Sepanyol

Bendera Sepanyol

Bendera Sepanyol (Bahasa Sepanyol: Bandera de EspaƱa, juga diberi nama Rojigualda) terdiri daripada tiga jalur melintang: merah, jalur kuning yang dua kali panjang jalur sebelumnya dan merah. Jata negara Sepanyol terletak di jalur kuning menghampiri sebelah kirinya.Bendera ini mula difikirkan semasa zaman pemerintahan Raja Carlos IIl, di mana baginda sering memerhatikan bahawa bendera-bendera dipakai kerajaan se-Eropah (termasuk Sepanyol jua) seringkalinya berwarna putih sehingga mengelirukan dalam situasi peperangan melawan musuh. Baginda meminta nasihat menteri tentera lautnya yang mengusulkan seberapa rekaan yang boleh dilihat dari jarak jauh; suatu rekaan yang menonjol digunakan dari 12 rekaan lain dipilih sebagai panji perang ini. Rekaan tersebut dirasmikan pada 1843 oleh Ratu Isabel II.[1]Rekaan terkininya dirasmikan pada 19 Disember 1981.